Selasa, 22 September 2015

Asal Usul Jengka

Salam semua.

Kali ini saya nak kongsikan cerita mengenai asal usul Jengka. Mungkin ramai sudah mengetahui dari mulut ke mulut.

Semoga penduduk Bandar Jengka umumnya para pembaca khasnya dapat sedikit info terutamanya yang masih belum mengetahui..
BANDAR TUN RAZAK (JENGKA)
Secara umumnya nama Jengka diambil daripada sebatang sungai yang mengalir di dalam kawasan Jengka iaitu Sungai Jengka. Terdapat dua pendapat yang menceritakan asal usul nama ‘Jengka’ iaitu:
Mitos 1 :
Diceritakan tinggal sepasang suami isteri Orang Asli yang tinggal di sebuah teratak behampiran dengan sebatang sungai yang mengalir deras. Si suami memang bijak memburu, lantaran seharian beliau keluar mencari rezeki. Manakala si isteri pula, sambil menunggu kepulangan suaminya, bertenun kainlah sepanjang hari. Adapun alat yang digunakan oleh isterinya dipanggil jangka . Entah bagaimana pada suatu hari jatuhlah jangka itu ke dalam air, menangislah si isteri sehingga kepulangan suaminya. Mencarilah si suami apabila pulang, namun tidak menjumpainya, dan akhirnya ia dinamakan Sungai Jengka berdasarkan peristiwa ini.
Mitos 2
Adapun pada suatu hari, seorang perempuan asli telah terkena kerasukan yang amat teruk. Dia langsung tidak boleh menjejak tanah. Lantaran tok batin tempat tersebut berusaha untuk mengubatinya. Maka, dalam tafsirannya pesakit tadi perlu di bawa ke sebatang sungai tidak bernama untuk dimandikan. Lantara sebatang sungai yang mengalir deras telah dipilih di tengah rimba. Apabila mencecahnya kaki pesakit tadi ke air, ternampaklah orang ramai satu kelibat di dalam air. Maka berkatalah orang ramai “Jin ke tu?”. Dari sinilah Jengka mendapat nama.
WILAYAH JENGKA
FELDA Gugusan Jengka merupakan gugusan FELDA terbesar di Malaysia yang terletak di negeri Pahang Darul Makmur. Gugusan Jengka juga dikenali sebagai Segitiga Jengka kerana kedudukannya meliputi tiga daerah iaitu Temerloh, Jerantut dan Maran. Dengan adanya tanah rancangan-tanah rancangan FELDA ini, maka muncul sebuah bandar baru yang dikuasai oleh masyarakat Melayu seratus peratus iaitu Bandar Jengka. Bandar jengka adalah satu inspirasi bekas perdana menteri Malaysia yang kedua Tun Abdul Razak untuk mengujudkan satu bandar 100 peratus orang melayu.Tapi kini Bandar Jengka tidak lagi dimonopoli oleh orang melayu sahaja, kerana di kawasan Jengka 15 terdapat satu deret kedai telah ditembusi oleh peniaga bukan melayu.
Gugusan Jengka terdiri daripada 25 buah rancangan FELDA yang menjadi pengeluar sawit dan getah. Terdapat 25 buah Jengka yang ditandai dengan nombor 1 hingga 25. Di samping nombor yang diberikan berdasarkan kawasan yang lebih awal dibuka, Jengka-jengka tersebut juga diberikan nama mengikut nama bunga. Pemilihan nama bunga juga adalah mengikut abjad bagi mengenalpasti kawasan yang lebih awal dibuka. Oleh itu satu-satu Jengka itu dinamakan sebagai berikut :
Jengka 1 (Anggerik),
Jengka 2 (Cempaka),
Jengka 3 (Dahlia),
Jengka 4 (Kemboja),
Jengka 5 (Kekwa),
Jengka 6 (Keembong),
Jengka 7 (Kenanga),
Jengka 8 (Kesidang),
Jengka 9 (Kesumba),
Jengka 10 (Mawar),
Jengka 11 (Melati),
Jengka 12 (Melor),
Jengka 13 (Putri Malu),
Jengka 14 (Bunga Raya),
Jengka 15 (Semarak),
Jengka 16(Sena),
Jengka 17 (Seri Pagi),
Jengka 18 (Seroja),
Jengka 19 (Siantan),
Jengka 20 (Tanjung),
Jengka 21 (Teratai),
Jengka 22 (Terkis),
Jengka 23 (Tonkin),
Jengka 24 (
Jengka 25.
Hal ini bermakna Jengka yang pertama dibuka ialah Jengka 1 manakala Jengka yang terakhir dibuka ialah Jengka 25.dalam kawasan jengka juga terdapat tanah rancangan felda yang tidak menggunakan nama jengka,kerana ia di tubuhkan lebih dahulu dari jengka itu sendiri.
Antaranya felda kampong awah 1963.felda ulu jempol 1965,felda sungai nerek 1967.Setiap kawasan pertempatan Jengka mengandungi antara 300 hingga 600 buah keluarga. Sebagaimana di tanah rancangan FELDA lain, penduduk Jengka juga disebut sebagai ‘peneroka’ dan ditadbir oleh seorang pengurus yang dilantik oleh pihak pegurusan FELDA.
Semoga info ini bermanafat.
Dari kami Amsas Homestay Jengka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan